MINGGU KELIMA ( 15 Julai 2013 - 19 Julai 2013 )


Pada minggu ke lima ini saya telah belajar cara untuk membuat pelarasan wang apung yang telah digunakan di UTM ISC. Setiap resit-resit perbelanjaan pejabat perlu dilekatkan di atas kertas A4 putih dan kemudiannya di fotokopi bagi tujuan membuat pelarasan untuk dihantar ke pihak Bendahari melalui Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni. Proses ini perlu dilakukan sebelum memohon wang apung yang seterusnya iaitu permohonan kali yang ke empat. Selain itu, saya juga ditugaskan untuk meminit surat keluar dan surat masuk, invois dan pelbagai elaun tuntutan lainnya. Minggu ke lima ini ramai staf tiada kerana mereka ke UTM ISC Kuala Lumpur dan saya mengambil kesempatan ini untuk membuat 5S di bilik fail. Selepas membuat 5S di bilik fail, setiap fail lebih mudah dicari dan masa mencari juga dapat dijimatkan. Saya telah meletakkan senarai fail yang ada di dalam setiap laci dan telah meletakkan nombor pada setiap pembahagi yang ada di dalam laci mengikut senarai nama fail yang saya lekatkan di bahagian luar laci tersebut.

Gambar di atas menunjukkan surat yang telah diminitkan.


      Pengetahuan yang saya perolehi pada minggu ini ialah saya telah belajar membuat panggilan keluar kawasan UTM. Sekiranya panggilan tersebut merupakan nombor pejabat di dalam UTM saya hanya perlu mendail nombor tersebut seperti biasa, tetapi sekiranya panggilan tersebut merupakan panggilan ke telefon bimbit atau luar daripada kawasan UTM saya perlu meletakkan nombor sembilan dan diikuti nombor untuk membuat panggilan tersebut.

      Saya juga telah belajar cara-cara untuk mengeluarkan kertas yang tersangkut semasa menggunakan mesin fotokopi.

No comments :

Post a Comment