MINGGU KE LAPAN BELAS ( 14 Oktober 2013 - 18 Oktober 2013 )

Masuk pada minggu ke lapan belas ini saya masih lagi membuat dokumentasi lanjutan pas pelajar dan juga pas lawatan sosial. Pada minggu ini juga kami bercuti bersempena Hari Raya Aidiladha. Apabila naik kerja saya perlu menyediakan semula beberapa dokumen yang telah dipulangkan kembali dari Imigresen kerana tidak lengkap dan akan dihantar kembali ke Imigresen. Saya juga perlu menelefon pelajar agar memberikan gambar berukuran pasport bagi melengkapkan dokumen yang akan dihantar ke Imigresen. Selain daripada membuat dokumentasi lanjutan pas pelajar, saya juga perlu membuat dokumentasi bagi pelajar yang memohon untuk membuat pembatalan pas pelajar mereka kerana sudah graduan. Pada petang Khamis saya turut serta aktiviti aerobik yang diadakan untuk pelajar antarabangsa dan juga staf ISC.

     Penyimpanan dokumen-dokumen lebihan yang pelajar berikan adalah memudahkan saya mencari semula dokumen tersebut sekiranya diperlukan, sebagai contoh terdapat beberapa dokumen yang kita telah hantar ke Imigresen akan dipulangkan semula kepada ISC kerana tidak lengkap. Sebagai alternatif mudah, saya hanya perlu mencari dokumen tersebut di dalam fail pelajar.

      Impak dan kesannya pada saya ialah saya dapat menjimatkan masa dan tidak perlu menunggu pelajar datang kembali untuk menghantar dokumen - dokumen yang tidak lengkap.

No comments :

Post a Comment