KESIMPULAN



Saya dapat simpulkan bahawa, latihan industri yang dilaksanakan oleh semua pelajar semester empat ini adalah sangat memberi kesan yang positif dalam mengenali kehidupan sebenar alam pekerjaan. Dengan adanya latihan industri ini, ia merupakan satu peluang bagi saya untuk mengenali bidang kerja sebenar yang bakal saya jalani pada suatu hari nanti. Malah, segala ilmu yang dipelajari serta diperoleh sepanjang berada di Politeknik dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam dunia pekerjaan.  
   
            Sepanjang saya menjalani latihan praktikal di UTM ISC ini, banyak yang telah saya pelajari sama ada ianya berkaitan dengan apa yang saya pelajari ataupun tidak. Banyak cabaran yang saya terima dan tempuhi sepanjang latihan industri ini. Antaranya ialah adakalanya kerja yang diberi datang bertimpa-timpa dan perlu disiapkan dengan kadar segera. Saya dapat mengatasinya dengan membahagikan masa serta kerja-kerja tersebut mengikut tarikh hantar yang diberikan.

           Dari segi perhubungan antara saya dan pekerja-pekerja pula tiada sebarang masalah. Hal ini kerana pekerja di sini sangat peramah dan mudah untuk dibawa berbincang. Perhubungan di antara pelajar antarabangsa pula adakalanya agak sukar kerana bahasa yang berlainan dan terdapat juga beberapa orang pelajar yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

         Oleh yang demikian, secara keseluruhannya saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang menjalani latihan praktikal di UTM ISC kerana telah banyak yang saya pelajari untuk saya praktikkan pada masa akan datang.

2 comments :

  1. eh eh, nak tanye skit.. yang ringkasan mingguan kan, kene buat perenggan ke point2 je? thanks for sharing this..

    ReplyDelete
  2. dua2 pon boleh :) tapi lebih mudah dalam point2 jek :)

    ReplyDelete