BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN


Bab ini menerangkan mengenai ringkasan aktiviti yang saya lakukan pada setiap minggu dari minggu pertama iaitu bermula pada 17 Jun 2013 sehingga minggu terakhir iaitu 1 November 2013 saya menjalani latihan industri di organisasi tersebut. Pelbagai pendedahan mengenai aktiviti di organisasi tersebut dapat saya pelajari sepanjang latihan industri ini dijalankan.

       Dengan adanya ringkasan mingguan ini para pelatih dapat melihat kembali tugasan yang dilakukan pada setiap minggu seterusnya dapat mendisiplinkan serta memupuk sifat tanggungjawab dalam diri pelatih. 

AKTIVITI-AKTIVITI ORGANISASI LATIHAN

Perkhidmatan utama yang dilakukan di International Student Centre (UTM ISC). UTM ISC bermatlamat bagi menyediakan perkhidmatan dan menggalakkan serta menyokong pendidikan antarabangsa di universiti dengan melakukan aktiviti-aktivit utamanya. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh UTM ISC ialah :
  • ISC menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan imigresen iaitu membantu menyediakan pas pelajar, pas lawatan sosial, pas lanjutan, pembatalan pas bagi memudahkan pelajar-pelajar antarabangsa di UTM.
  • Memastikan setiap pelajar antarabangsa dilindungi insurans sepanjang tempoh pengajian mereka.
  • Menganjurkan aktiviti untuk pelajar antarabangsa sebagai salah satu medium untuk integrasi dengan masyarakat Malaysia.
  • Membantu pembentukan organisasi pertubuhan persatuan pelajar antarabangsa mengikut negara yang mempunyai bilangan pelajar 50 orang dan ke atas.
  • Menyelia dan memberi panduan tentang penganjuran, pelaksanaan dan pelaporan setiap aktiviti dan program yang dijalankan untuk mempersiapkan pelajar-pelajar menghadapi alam pekerjaan.

CARTA ORGANISASI


Organisasi ini di ketuai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni di mana ISC merupakan satu unit di bawah Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA).

RINGKASAN LATARBELAKANG ORGANISASI LATIHAN


Pusat Mahasiswa Antarabangsa atau dikenali sebagai International Student Centre (ISC) terletak di bangunan F54, Universiti Teknologi Malaysia Skudai juga merupakan satu bangunan yang sama dengan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) yang berhampiran pintu masuk utama UTM. Matlamat ISC adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang menggalakkan serta menyokong pendidikan antarabangsa di universiti. Semua ahli-ahli komuniti universiti dan pelajar antarabangsa adalah dialu-alukan untuk datang ke ISC dan bertemu dalam suasana yang santai dan formal.
      Para pelajar boleh mencari info di laman web untuk mendapatkan info daripada kakitangan mengenai isu-isu seperti imigresen, merentasi budaya dan peluang di luar negara, juga tip bagaimana untuk berjaya menyesuaikan diri dengan masyarakat Malaysia. Kami juga menyediakan mobiliti pelajar atau program antarabangsa bagi pelajar yang masuk dan keluar. Pusat ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 5000 pelajar antarabangsa menghadiri Universiti Teknologi Malaysia dari lebih 50 negara.
       Menyesuaikan diri dengan persekitaran budaya yang baru dan satu sistem pendidikan yang baru banyak cabaran dan halangan. Bagi kebanyakan pelajar, masalah besar yang sering timbul ialah kerana ketiadaan satu sistem sokongan sosial, penguasaan bahasa Inggeris yang tidak mencukupi dan tekanan emosi dalam menghadapi persekitaran yang baru. Kakitangan ISC mempunyai kepakaran khas dan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan program-program untuk membantu pelajar mewujudkan rangkaian sokongan, memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris mereka dan berurusan dengan tekanan psikologi dan emosi yang lebih mesra.

LOGO ORGANISASI LATIHAN



RINGKASAN LATARBELAKANG UTM


Universiti Teknologi Malaysia merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.

        Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar,  manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus. UTM terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat (selepas UM, UKM, UPM, USM menjadi Universiti Apex pada 2008) di Malaysia pada 2010).

          UTM menawarkan program diploma, ijazah, sarjana dan doktor falsafah dimana program ini ditawarkan di kampus utama UTM Skudai. Kampus cawangan di Kuala Lumpur pula hanya menawarkan program diploma sahaja.




BAB 2 : LATAR BELAKANG INSTITUSI


LOGO INSTITUSI



KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA

OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


Antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut:
  • Memberi gambaran mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan oleh pelatih dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut.
  • Sebagai buku untuk mengumpulkan semua laporan latihan industri semasa menjalani latihan industri.
  • menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat berdasarkan buku laporan harian pelatih.
  • Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri.
  • Memenuhi syarat penganugerahan sijil atau diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Latihan industri merupakan komponen utama bagi para pelajar memperoleh diploma. Latihan ini juga banyak kepentingannya kepada pelatih apabila memasuki ke alam pekerjaan yang sebenar. Kepentingan latihan industri adalah :
  • Mendedahkan kepada pelajar suasana pekerjaan yang sebenar.
  • Pendedahan awal seperti menjalanai latihan indsutri dapat memantapkan jati diri pelajar, selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperolehi sijil atau diploma.
  • Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui pesekitaran kerja yang sebenar. Ini dapat membantu pelajar untuk memperaktikan apa yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah pada kehidupan yang sebenar. Dengan cara ini akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri. 

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar : 
  • Membina personaliti individu dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
  • Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
  • Memberi pendedahan kepada pelatih akan alam pekerjaan yang sebenar.
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
  • Meluaskan pengalaman pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja.
  • Memberi peluang pelajar memperkenalkan diri kepada bakal majikan dari segi kebolehan, sikap dan kesanggupan.
  • Menilai kebolehan diri sendiri dalam persediaan menghadapai alam pekerjaan.
  • Menghasilkan laporan latihan industri.

BAB 1 : PENGENALAN



PENDAHULUAN


Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar.

         Pelatih boleh memilih sendiri tempat untuk menjalankan latihan industri mengikut keselesaan dan kemudahan para pelatih bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Sebelum latihan dijalankan, para pelatih perlu mengikuti taklimat pengenalan latihan industri dimana semua peraturan serta syarat sebelum, semasa dan selepas latihan industri dijalankan telah diterangkan. Semasa taklimat dijalankan, para pelatih telah diberi buku reflektif jurnal bagi mencatat segala aktiviti yang telah dijalankan di institusi tersebut.


            Secara keseluruhannya latihan praktikal ini amat membantu para pelajar dalam menghadapi situasi sebenar alam pekerjaan pada masa akan datang. Para pelajar juga dapat mempraktikkan apa yang mereka pelajari di dalam kelas secara teori ketika mereka menjalani latihan praktikal di sesebuah syarikat tersebut.   

DEDIKASI


Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada kedua ayah dan ibu kerana memberi dorongan serta semangat untuk saya melengkapkan salah satu komponan utama bagi para pelajar supaya layak menerima diploma yang dijanjikan. Begitu juga kepada pensyarah-pensyarah yang banyak membantu serta memberi  tunjuk ajar. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada warga Pusat Pelajar Antarabangsa (UTM ISC) kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang saya menjalani latihan praktikal di sana. Terima kasih yang tidak terhingga dari saya.