MINGGU KE TIGABELAS ( 9 September 2013 - 13 September 2013 )

Setelah mempelajari proses penerimaan dokumen dikaunter pada minggu yang lepas, pada minggu ke tiga belas ini pula saya ditugaskan untuk menjaga kaunter bagi menerima dokumen daripada pelajar antarabangsa. Saya juga masih lagi menjawap telefon daripada pelajar antarabangsa yang bertanyakan status passport mereka. Saya telah membuat dokumentasi untuk pelajar yang memohon membuat pembaharuan visa, lanjutan dan batal visa mereka. Saya mengemaskini fail surat-surat permohonan pelajar antarabangsa. Pada hujung minggu ini, unit aktiviti akan mengadakan aktiviti santai untuk pelajar antarabangsa di Shah Alam, saya sebagai pembantu pengiring pelajar tersebut dipanggil untuk menghadiri mesyuarat kecil sebelum berangkat pada hujung minggu ini. Di dalam mesyuarat tersebut kami dinasihatkan agar sentiasa memerhati serta mengawal pergerakan pelajar-pelajar antarabangsa tersebut agar sentiasa menepati masa dan mendengar arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

      Pengetahuan serta kemahiran yang saya peroleh ialah saya dapat mengetahui aktiviti-aktiviti pelajar yang akan dilakukan di Shah Alam nanti. Semasa mesyuarat juga Timbalan Pendaftar iaitu Puan Azimah ada mengatakan bahawa para pelajar antarabangsa ini perlu dikawal dengan sabar kerana berkemungkinan mereka akan memberontak. Sepanjang aktiviti berlangsung juga saya mendapati bahawa pelajar antarabangsa ini kurang menepati masa yang telah ditetapkan.

    Kesannya pada saya ialah berlakunya sedikit masalah komunikasi diantara saya dan pelajar antarabangsa. Terdapat juga para pelajar yang tidak mendengar nasihat kami dan tetap dengan kehendak mereka.

No comments :

Post a Comment