BAB 5 : KOMEN DAN CADANGAN


5.1. Komen

Sepanjang menjalani latihan industri di Pusat Pelajar Antarabangsa (UTM ISC), pelbagai konflik yang telah saya lalui walaupun ianya tidak terlalu membebankan, tetapi saya tetap bersyukur kerana itu semua merupakan satu pengalaman yang amat berharga untuk saya pelajari sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi situasi sebenar apabila sudah bekerja kelak. Walaubagaimanapun masalah ini masih lagi dapat diatasi dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada penyelia, kakitangan staf  dan juga pengarah urusan.

            Sepanjang saya membuat latihan industri di Pusat Pelajar Antarabangsa (UTM ISC) saya dapat melihat kelebihan serta kekurangan yang terdapat di UTM ISC ini. Saya sebagai pelajar latihan industri yang telah tamat menjalani latihan industri  ingin memberi dapatan serta cadangan untuk Pusat Pelajar Antarabangsa (UTM ISC) ini supaya dapat membangun dengan lebih maju. Setiap perkara yang dilakukan oleh manusia pasti ada kelemahannya yang memerlukan teguran dan cadangan agar dapat diperbaiki dari semasa ke semasa untuk kesenangan dan manfaat semua . Saya berharap agar dapatan serta cadangan saya ini sedikit sebanyak dapat memperbaiki dan memberi kemudahan bagi semua pihak serta dapat menaikkan nama baik Pusat Pelajar Antarabangsa (UTM ISC).

Terdapat beberapa komen yang saya hendak berikan. Antaranya ialah :-

i)             Kekurangan pekerja di bahagian pentadbiran. Pihak UTM ISC perlu mengambil lagi beberapa pekerja di bahagian pentadbiran supaya lebih mudah menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi.
ii)            Sistem pengurusan di UTM ISC tidak sistematik dan terdapat banyak aset-aset UTM ISC yang lambat untuk dikemaskini.
iii)           Terdapat beberapa orang kakitangan yang sakit dan kerap kali tidak hadir sehinggakan kerja-kerja selalu tergendala.
iv)           Terdapat beberapa orang staf yang menerima skop kerja terlalu banyak dalam satu masa kerana kekurangan staf mengakibatkan kerja-kerja yang sepatutnya dapat disiapkan dalam masa singkat menjadi lebih panjang.
v)            Bilik fail yang sudah sedia sempit turut dijadikan tempat penyimpanan alatan yang tidak digunakan seperti banner, tikar, kotak, trofi.
vi)           Kekurangan pekerja juga mengakibatkan sistem fail tidak dijaga dengan rapi.
vii)         Ruang di bilik dokumen juga sempit menyebabkan dokumen-dokumen yang telah siap tiada tempat khas untuk diletakkan.
viii)        Perabot serta alatan yang tidak ergonomic mengakibatkan pekerja mengalami sedikit kecederaan.
Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan puan dapat menerima dan mengambil tindakan yang sewajarnya atas permasalahan ini. Ini adalah salah satu cara untuk membangunkan UTM ISC dan mempunyai sistem pengurusan yang lebih mantap dan sistematik.


5.2. Cadangan

Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan idea yang mungkin boleh digunakan oleh pihak pengurusan pada masa akan datang.

i)             UTM ISC perlu memantapkan sistem pengurusan supaya tidak kelam-kabut dalam melaksanakan sesuatu kerja.
ii)            UTM ISC juga perlu mengambil kakitangan dibahagian pentadbiran dengan lebih ramai supaya dapat mengendalikan sesuatu tugasan dengan efisiennya.
iii)           Setiap kakitangan UTM ISC perlu menjalankan proses 5s kerana ia akan menjadikan ruang yang sedia sempit kelihatan luas dan memudahkan pergerakan kita.
iv)           Memperbesarkan lagi ruang di bilik dokumen supaya dokumen yang telah lengkap dapat diletakkan diruang khas kerana dokumen pelajar merupakan dokumen sulit. 

No comments :

Post a Comment