MINGGU KEDUA (24 JUN 2013-28 JUN 2013)

Masuk minggu kedua, saya ditugaskan membuat pelbagai surat antaranya surat arahan pejabat untuk staf, surat mengadakan mesyuarat dan lainnya. Saya juga ditugaskan mencatat minit dalam mesyuarat minggu orientasi pelajar antarabangsa (MOPA) dan perlu menyiapkan minit mesyuarat tersebut untuk di bawa ke mesyuarat seterusnya. Dalam minggu kedua ini juga saya diberi arahan untuk membuat pelarasan wang apung untuk dihantar ke bendahari sebelum proses permohonan wang apung yang seterusnya dilakukan.



Lampiran laporan pelarasan wang apung yang sudah diselaraskan.

Selepas membuat pelarasan, Dr. Ismid (Pengarah ISC) meminta saya agar membuat pelarasan tersebut dalam bentuk carta pai dan graf garisan supaya memudahkan beliau membuat rumusan perbelanjaan di ISC mengikut keperluan dan juga mengikut bulan.

Carta Pai perbelanjaan mengikut keperluan.

Graf garisan perbelanjaan mengikut bulan.

Dalam minggu kedua ini, saya dapat merasai suasana sebenar mesyuarat yang diadakan dan saya dapat belajar mencatat minit mesyuarat tersebut. Sudah seperti menjadi tradisi di ISC, selepas mesyuarat tamat sedikit jamuan ringan akan dihidangkan kepada ahli-ahli mesyuarat. Sejajar dengan objektif  ISC yang menginginkan para pelajar antarabangsa boleh berintegrasi dengan rakyat Malaysia, unit aktiviti pelajar di ISC telah menganjurkan aktiviti beraerobik bersama pelajar antarabangsa pada setiap hari khamis selepas tamat waktu bekerja.

Staf ISC bererobik bersama pelajar-pelajar antarabangsa.

Selepas bererobik.

Sepanjang minggu kedua ini saya belajar mencatat minit mesyuarat dan membuat pelarasan wang apung ISC. Semasa membuat pelarasan, saya perlu lebih berhati-hati dan membuat penyemakan secara berulang kerana ianya melibatkan penggunaan wang yang banyak serta akan berlaku komplikasi sekiranya jumlah data yang dimasukkan tidak tepat.

No comments :

Post a Comment