MINGGU PERTAMA ( 17 Jun 2013 - 21 Jun 2013 )

Pada hari pertama, datang melaporkan diri di International Student Centre (ISC), Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar praktikal bersama 3 orang lagi pelatih daripada politeknik yang berbeza. Puan Siti Nur Azimah sebagai 'Timbalan Pendaftar' merupakan penyelia kami sepanjang latihan industri dijalankan. Kami diberi sedikit info tentang ISC dan  seterusnya kami diperkenalkan kepada beberapa orang staf yang lain. Selepas memperkenalkan diri, kami telah ditempatkan mengikut kesesuaian kursus yang di ambil. Saya telah diberi buku tatacara pengendalian dokumen (s.o.p) bagi mempelajari proses pengendalian pas pelajar, pas lawatan sosial, visa dan lain-lain dokumen. 
Buku tatacara pengendalian dokumen (s.o.p)
       Saya juga telah belajar cara meminit surat yang diterima dan juga surat yang dikeluarkan kerana setiap surat yang dikeluarkan atau diterima oleh organisasi perlu dimasukkan kedalam fail mengikut kesesuaian dan  diminitkan bagi memudahkan pencarian surat tersebut untuk kegunaan akan datang.

      Pada minggu pertama ini, saya mendapat sedikit info mengenai organisasi dan saya juga belajar cara-cara memperoses pas pelajar, pas lawatan sosial dan dokumen lain.
Sepanjang minggu pertama saya di ISC, saya semakin mahir memfailkan surat, akan tetapi saya perlu fokus semasa melakukan proses memfail agar tidak melakukan kesalahan seperti menggunakan fail yang salah.