RINGKASAN LATARBELAKANG ORGANISASI LATIHAN


Pusat Mahasiswa Antarabangsa atau dikenali sebagai International Student Centre (ISC) terletak di bangunan F54, Universiti Teknologi Malaysia Skudai juga merupakan satu bangunan yang sama dengan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) yang berhampiran pintu masuk utama UTM. Matlamat ISC adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang menggalakkan serta menyokong pendidikan antarabangsa di universiti. Semua ahli-ahli komuniti universiti dan pelajar antarabangsa adalah dialu-alukan untuk datang ke ISC dan bertemu dalam suasana yang santai dan formal.
      Para pelajar boleh mencari info di laman web untuk mendapatkan info daripada kakitangan mengenai isu-isu seperti imigresen, merentasi budaya dan peluang di luar negara, juga tip bagaimana untuk berjaya menyesuaikan diri dengan masyarakat Malaysia. Kami juga menyediakan mobiliti pelajar atau program antarabangsa bagi pelajar yang masuk dan keluar. Pusat ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 5000 pelajar antarabangsa menghadiri Universiti Teknologi Malaysia dari lebih 50 negara.
       Menyesuaikan diri dengan persekitaran budaya yang baru dan satu sistem pendidikan yang baru banyak cabaran dan halangan. Bagi kebanyakan pelajar, masalah besar yang sering timbul ialah kerana ketiadaan satu sistem sokongan sosial, penguasaan bahasa Inggeris yang tidak mencukupi dan tekanan emosi dalam menghadapi persekitaran yang baru. Kakitangan ISC mempunyai kepakaran khas dan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan program-program untuk membantu pelajar mewujudkan rangkaian sokongan, memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris mereka dan berurusan dengan tekanan psikologi dan emosi yang lebih mesra.

No comments :

Post a Comment