BAB 1 : PENGENALAN



PENDAHULUAN


Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar.

         Pelatih boleh memilih sendiri tempat untuk menjalankan latihan industri mengikut keselesaan dan kemudahan para pelatih bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Sebelum latihan dijalankan, para pelatih perlu mengikuti taklimat pengenalan latihan industri dimana semua peraturan serta syarat sebelum, semasa dan selepas latihan industri dijalankan telah diterangkan. Semasa taklimat dijalankan, para pelatih telah diberi buku reflektif jurnal bagi mencatat segala aktiviti yang telah dijalankan di institusi tersebut.


            Secara keseluruhannya latihan praktikal ini amat membantu para pelajar dalam menghadapi situasi sebenar alam pekerjaan pada masa akan datang. Para pelajar juga dapat mempraktikkan apa yang mereka pelajari di dalam kelas secara teori ketika mereka menjalani latihan praktikal di sesebuah syarikat tersebut.   

No comments :

Post a Comment